Sejarah awal FELDA_Teratai_Jengka_21

Sepertimana warga-warga FELDA lain, penduduk-penduduk tanah rancangan di gelar 'peneroka' dan 'penerokawati'. Peneroka Jengka 21 datang dari pelbagai latar belakang dan negeri-negeri berlainan.

Pengambilan Peneroka/wati bermula pada tahun 1985. Antara syarat-syarat awal pengambilan adalah:1)Warganegara Malaysia dan anak kelahiran negeri Pahang2)Sudah berkahwin

Namun, akibat permasalahan yang tidak dapat dielakkan syarat pengambilan terpaksa diubah pada sekitar tahun 1987 yang mana menyaksikan peneroka/wati di ambil dari pelbagai negeri seperti Kedah, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan sebagainya. Peneroka/wati diberikan sebuah rumah setiap keluarga dan sebidang tanah berkeluasan 10 ekar untuk diusahakan